Friday, 26 October 2012

Qurbaan...sanggup tak sanggup?

     hari ni hari raya haji/ korban/ aidiladha (padahal skrg dh pukul 12 lbh, tak raya dh..)..seronok sangat dapat sambut raya bersama family..selalunya bila time raya, aku yang balik kampung..but this time, my family datang ke tempatku, Kota Samarahan, Sarawak.. tahun ni kitorang raya kat rumah auntie jue (actually i call her anjang jue..hoho..)
     aku rasa seronok sangat sebab tahun ni raya aidiladha kat rumah ni paling meriah, walaupun rumah teres setingkat dan cuma ada 3 bilik, dan kitorang pulak ade seramai 14 orang yang tinggal di sini, tapi kitorang tetap dpt sambut raya ni dengan gembiranya...hehehe.. tadi, kitorang pergi beraya kat rumah kawan makcik, then pergi rumah uncle, and last sekali pergi ke rumah auntie..jarak setiap rumah sangat jauh..tapi menyeronokkan..
     di sini dah nampak apa yang kitorang korbankan untuk beraya kali ni.. pertama sekali, keselesaan untuk tidur dalam keadaan yang sesak, (padahal tido nyenyak je sampai pagi..) dan yang kedua, pengorbanan dari segi wang untuk petrol, sebab jarak yang agak jauh..pengorbanan yang kita lakukan itu tak boleh nak dibandingkan dengan apa yang rasul-rasul kita telah korbankan selama ini. 
     bersyukurlah kerana kita masih boleh hidup dengan aman dan selesa. tapi dalam masa kita bergembira dengan apa yang kita ada, kita perlu ingat bahawa ada lagi saudara kita yang hidup dalam keadaan yang terumbang ambing. ketika kita nyenyak tidur, mereka sedang berperang.. ketika kita makan makanan yang lazat dan ada kalanya kita buang sahaja apabila tak menginginkannya, saudara kita di seberang sana kelaparan dan sangat-sangat mensyukuri makanan yang mereka dapat walaupun sedikit.
     jadi nasihat saya pada semua, termasuk diri saya sendiri yang kadangkala alpa (err..selalunya alpa la..), masa raya ni, bawak-bawakkan bersabar masa nk ambik makanan tu..kena fikir, bila dah ambik banyak-banyak, boleh ke nak makan habis? jadi, renung-renungkan dan selamat beramal...

(gambar kat atas tu gambar hiasan je ye...untuk gurau-gurau masa raya ni...)

memyself: saya tak baik, tapi saya nak jadi baik...^^

No comments:

Post a Comment