Tuesday, 19 February 2013

museum of islamic art, doha,qatar.

assalamualaikum...

     seperti yang telah dijanjikan, akak (akak la sangat...) nak update more article, bukan hanya tentang me myself, but also about other thing, yup, other thing for example, today aku nak bagitau pasal satu tempat yang sangat-sangat cantik dan keinginan untuk pergi tu sangat tinggi. the place that i maksudkan is Museum of Islamic Art, Doha, Qatar. this is the most beautiful place that i really want to go!


     tahu tak kenapa aku nak pergi sangat museum ni? korang tengok la gambar ni, dan korang akan tahu apa sebabnya...hahaha...malas nak explain panjang-panjang, korang tengok sendiri, nak maklumat pergi la search, alang-alang dah online ni kan? anyway, have a nice day..peace no war...





memyself: doakan aku dapat rezeki lebih ye, nak sangat pergi tempat ni...hee..=,=


cuti dah habis!!!

assalamualaikum...

     dah lama dah tak update blog ni...bukan ape, busy sikit, banyak benda nak kena buat. lagi-lagi masuk semester baru ni, kena daftar itu la, ini la, bayar yuran la, sewa rumah lagi. apa-apa pun, ignore je semua tu ok?

     nak dijadikan kisah, kawan satu kelas, muda setahun, dah nikah on 9/02/2012. tahniah diucapkan kepada hanani izzati...semoga kekal sampai bila-bila. rasa cemburu pulak bila tengok orang yang muda dari kita nikah awal, sedangkan kita ni tak tau la bila akan menikah. anyway, semua itu jodoh, kalau jodoh awal, awal la someone tu nikah, kalau lambat, so akan jadi sebaliknya la kan.

     masa cuti dihabiskan bersama family, hantar adik pergi sekolah dan keluar dengan kawan-kawan. tapi sayang, cuti tak sampai sebulan, dah kena balik kota samarahan. apa nak buat, amanah perlu dilaksanakan. masa cuti dihabiskan dengan mengedit gambar jugak, haha..nak tengok hasilnya? tengok la kat bawah ni. kawan cakap muka tak sama, edit la katakan...um..i think this all for today, i'll update my blog next day ok? assalamualaikum...



memyself: nak kawen jugak....waaa....

Thursday, 20 December 2012

Trip To Lundu, i loikee~~

assalamualaikum...

     today i want to membebel sikit..ceh..tak reti nk cakap omputeh, so duk diam-diam ok..haha..suddenly aku teringat trip to lundu with my koQ-mate, i miss them..i have so much fun there..




     nak dijadikan cerita, our group koQ wat satu program bersama orang Kpg. Stunggang Melayu Lundu, on 8 & 9 december 2012, kitorang bertolak about 9 am from UNIMAS then singgah kat MJC Batu Kawa sekejap untuk menjamu selera, tak breakfast lagi sebenarnya. then kitorang teruskan perjalanan yang memakan masa 1 jam lebih. sampai Lundu about 11 lebih. perjalanan memenatkan but sangat fun. sampai je kat sana, kitorang makan kat rumah ketua kampung. termasuk kali ni, dah 3 kali aku gi umah ketua kaum ni sebab before ni aku pernah datang untuk uruskan pasal program ni. 





     after makan, kitorang pun pegi kemas dewan tempat program dijalankan. aku tak tau kenapa aku tulis blog ni macam tulis karangan, bukankah sepatutnya aku just bagitau benda yang fun2 je? whateverla. anyway, after all the program done, kitorang dibahagikan ke rumah keluarga angkat masing-masing. adik-beradik angkat aku ada 6 orang, semua perempuan. mak angkat kitorang namanya puan masnah, and we have to call her 'mak', hehe.. sangat-sangat janggal bila panggil someone yang kita tak kenal 'mak', and bila duduk situ, call all of family member kakak, abang, mak and bapak...hehehe..

   sampai umah family tu, kitorang terus masuk dapur, biasala, orang kan cakap dah, anak dara belajar tinggi-tinggi dapur jugak tempatnya, haa..ni, kitorang dah masuk dapur..hehehe...gurau je..kakak angkat kitorang Kak Yot ajak pegi pantai, nama pantai tu Pantai Pandan. kitorang sangat seronok sebab kitorang sangat sure yang family lain tak buat macam family ni buat. family ni sangat happy go lucky sebab bila kitorang sampai memang diorang sambut dengan tangan terbuka and kakak kitorang sangat funny, suka buat lawak, duduk rumah tu memang tak kering gusi. 

     balik dari pantai, semua mandi dan bersiap untuk program malam. last sekali mandi si adik bongsu kitorang, Anisa. Kak Yot sangat suka menyakat budak seorang tu, and Kak Yot ugut nak tinggalkan dia kat rumah kalau dia lambat. so Kak Yot pun suruh la dia mandi kat umah Kak Lina, depan rumah Kak Yot. Kak Lina ni duk ngan adik lelaki dia, husband dia kerja jauh. so, tak de orang pun kat rumah tu, and takyah malu pun..hee.. malam tu program santai-santai, ade bbQ, (i dont know how to spell in english or malay), main ngan budak-budak..sangat fun..habis program aku tak tau pukul berapa sebab kitorang balik awal, Husna, anak Kak Yot dah meragam nak balik. sampai rumah kitorang tido kat ruang tamu. abang, abang ipar and adik Kak Lina, si Alif, duduk kat dapur, makan bihun goreng yang kitorng bawak dari dewan tadi. tapi tiba-tiba, Alif lari dari dapur, buat keadaan jadi kecoh. rupa-rupanya Kak Lina dah nak bersalin, terus je Alif bawak Kak Lina gi hospital. pukul 1 pagi, Kak Lina pun bersalin, baby girl kalau tak silap..

     on 9 hb, pagi-pagi aku bangun untuk bersiap, aku tengok adik-beradik aku tak bangkit lagi, subhanallah, anak dara ape ni..memandangkan bukan umah sendiri, so aku bangun dan tolong mak kat dapo buat ape yang patut..lepas tu yang lain pun bangun dan bersiap-siap untuk next program. kitorang wat program talk by puan hajah asmah kat kilang keropok dia. untung bersih beliau sebulan about RM10,000. best tak? habis semua program tu, kitorang pun kemas dewan lagi untuk majlis penutupan program dan menyampaian cenderahati. sedih gak sebab dah anggap family angkat tu macam family sendiri walaupun cuma 2 hari 1 malam je program ni berlangsung. harap-harap ada rezeki nanti boleh datang lagi..i love Lundu..

memyself: panggil orang lain 'mak' is like panggil mak mertua..hahaha...

Thursday, 15 November 2012

Kenangan Sekolah Rendah...

      semalam aku & kawan sebilik a.k.a kawan sekolah menengah dulu berborak pasal kenangan sekolah rendah.. gelak ketawa kitorang konfirm didengar oleh senior bilik sebelah, hehehe...apa nak buat, tu la hobi kitorang kalau dah bosan dan tension..
     rindu sangat zaman sekolah rendah dulu..selalu masa kecik-kecik dulu waktu petang mesti tengok cerita Power Rangers, Big Bad Beetleborgs & lain-lain..best sangat.. Kalau ..kat sekolah, kenangan yang paling aku suka bila main lawan pemadam, siapa yang kalah kena bagi pemadam kat orang yang menang..sampai rumah, my mom akan check dalam pencil box, then akan bising kat aku. why? samada ayat my mom macam ni,"mana pergi pemadam ni?" or,"mana datangnya semua pemadam dalam ni?". thats it, selalunya akan jadi macam tu la.. 
     masa sekolah, selalu cari pen yang ink dia bau wangi..kalau tak pun cari pemadam yang bau wangi..hehehe.. pemadam dulu selalu pemadam yang besar, supaya menang dalam permainan lawan pemadam..(roomate aku call it judi pemadam..hehe..), kalau tak pun cari pemadam yang comel-comel, bentuk buah-buahan, macam strawberry..cute~~ kalau beli pencil box, mesti yang bertingkat, kalau setingkat je, low standard la konon.. kalau pasal pensel pulak, pensel mesti pensel tekan (mechanical pencil), kalau tak, low standard jugak..apa punya pemikiran la masa sekolah rendah dulu kan...
     tapi sekarang semuanya tinggal kenangan, alhamdulillah, kenangan yang sangat comel dan manis...satu hari nanti, bila berjumpa semula dengan kawan-kawan sekolah rendah dulu, mesti akan keluar cerita yang kelakar zaman tu..ini satu-satunya kenangan yang tak mungkin akan berulang lagi sekarang, tapi kalau berulang jugak, tak mungkin akan semanis zaman kanak-kanak dulu kan? miss that moment so much...

 memyself: kanak-kanak zaman sekarang lebih matang dari kanak-kanak zaman dahulu...bosan...

Friday, 26 October 2012

Qurbaan...sanggup tak sanggup?

     hari ni hari raya haji/ korban/ aidiladha (padahal skrg dh pukul 12 lbh, tak raya dh..)..seronok sangat dapat sambut raya bersama family..selalunya bila time raya, aku yang balik kampung..but this time, my family datang ke tempatku, Kota Samarahan, Sarawak.. tahun ni kitorang raya kat rumah auntie jue (actually i call her anjang jue..hoho..)
     aku rasa seronok sangat sebab tahun ni raya aidiladha kat rumah ni paling meriah, walaupun rumah teres setingkat dan cuma ada 3 bilik, dan kitorang pulak ade seramai 14 orang yang tinggal di sini, tapi kitorang tetap dpt sambut raya ni dengan gembiranya...hehehe.. tadi, kitorang pergi beraya kat rumah kawan makcik, then pergi rumah uncle, and last sekali pergi ke rumah auntie..jarak setiap rumah sangat jauh..tapi menyeronokkan..
     di sini dah nampak apa yang kitorang korbankan untuk beraya kali ni.. pertama sekali, keselesaan untuk tidur dalam keadaan yang sesak, (padahal tido nyenyak je sampai pagi..) dan yang kedua, pengorbanan dari segi wang untuk petrol, sebab jarak yang agak jauh..pengorbanan yang kita lakukan itu tak boleh nak dibandingkan dengan apa yang rasul-rasul kita telah korbankan selama ini. 
     bersyukurlah kerana kita masih boleh hidup dengan aman dan selesa. tapi dalam masa kita bergembira dengan apa yang kita ada, kita perlu ingat bahawa ada lagi saudara kita yang hidup dalam keadaan yang terumbang ambing. ketika kita nyenyak tidur, mereka sedang berperang.. ketika kita makan makanan yang lazat dan ada kalanya kita buang sahaja apabila tak menginginkannya, saudara kita di seberang sana kelaparan dan sangat-sangat mensyukuri makanan yang mereka dapat walaupun sedikit.
     jadi nasihat saya pada semua, termasuk diri saya sendiri yang kadangkala alpa (err..selalunya alpa la..), masa raya ni, bawak-bawakkan bersabar masa nk ambik makanan tu..kena fikir, bila dah ambik banyak-banyak, boleh ke nak makan habis? jadi, renung-renungkan dan selamat beramal...

(gambar kat atas tu gambar hiasan je ye...untuk gurau-gurau masa raya ni...)

memyself: saya tak baik, tapi saya nak jadi baik...^^